Wednesday, December 23, 2009

Imaginasi


Apa itu Imaginasi? Imaginasi memberi gambaran yang menyenangkan ke dalam fikiran dengan menjadikan segala sesuatu lebih sempurna daripada apa yang diketahui sebelum ini... Semua orang punya imaginasi... tak terkecuali aku... aku punya imaginasi yang agak tinggi... dan tidak malu untuk ku kongsikan dengan siapa yang membaca post ini... agak lucu untuk dikenang.... apabila aku berlagak seperti hero... dan bermundar mandir di bawah rumah... smbil menjalankan operasi imaginasi ku...jika sesiapa melihat tingkah laku ku.. mungkin akan berpikir yang aku agak kurang siuman...hingga jiran jiran disebelah rumah ku mula naik hairan dengan tingkah laku ku yang agak mencurigakan itu... hingga suatu ketika, salah satu jiran menegur.. dan bertanya apa yang aku lakukan dibawah rumah.... setiap petang bermundar mandir hingga ke maghrib... aku hanya mampu menjawab.. mencari sesuatu yang hilang... mungkin kerana mendapat jawapan yg agak memuaskan hatinya... jiran itu tidak lagi bertanya... biarpun hampir setiap hari dia melihat aku mencari sesuatu yang hilang(pada fikirannya)..... pada imaginasi ku... aku adalah seorang satria... yang bernama black steel... lawak sungguh namanya.. seorang satria yang tidak punya kelemahan... dan agak berkuasa... aku berpuas hati... mungkin kerana pada waktu itu aku hanya seorang budak kecil... dimana anak lain bermain dengan mainan mewah mereka.. aku berimaginasi... kerana aku tidak mampu untuk punya apa yg mereka ada... tapi aku agak berpuas hati kerana imaginasi ku mengatasi barang mainan mahal mereka.... mungkin bukan aku seorang saja.... orang lain juga punya imaginasi... ada yang ingin jadi puteri raja.. putera raja... tapi menganggap imaginasi mereka sesuatu yang agak memalukan untuk diceritakan kepada pembaca.. tapi tidak semestinya kita harus malu dengan apa yang kita angankan... kerana itu adalah imaginasi kita... dan orang lain tidak berhak untuk.. mengubah..mengkritik... atau pun membantah... selagi ia tidak berunsur sesuatu yang menyentuh isu.. keagamaan.. perkauman... atau pun pribadi orang lain...
hanya kita yang
berhak atas apa yg kita imaginasikan.... mungkin imaginasi itu akan jadi pemangkin untuk kita berjaya suatu hari kelak.... skian Ahahahahahahhahahahahah

No comments: